/**/

Friday, January 15, 2010

x leh tdo, nk berkta2 jap


salam smue!

hidup nie kdg2 kt atas, kdg2 kt bwah,
kdg2 gmbire, kdg2 sdeh,
kdg2 xda persaan, kdg2 ade..cnfius!!hihi
itu smua lumrah hidup..

minta maaf kwan klo sy pnh sakiti ht kmu..
sy x sempurna dan x kuat..

sy x skuat "mreka"..sy lemah..
hnye tgl dlm 6 blan lgi kite kan brsame,
setiap detik amat bermkna buat mse skrg..
lpas nie dah wat hluan msing2..


erm, kejap jek rskan..
sy syg kmu smua!dr ht yg ikhlas..=(

Yang xkan berlalu pergi



Bismillah
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"

Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]

Jangan begitu sayang
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.

Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]

...

Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi

Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi

...
...
...

Tapi ...

Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi

Siapa?

...
...
...

Allah, sayang.
Allah.

Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.

Ya!
Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu

Allah ada untuk setiap masa
Kapan sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]

jangan biar sampai Allah murka pada kita

::cukuplah DIA::



Cukuplah DIA
www.iluvislam.com
Nur Amani*
Editor: lailatulema


Di saat aku memerlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tanganNya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.

Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.

Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya,
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.

Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana

Thursday, January 14, 2010


Telah Kupilih JalanMu
www.iLuvislam.com
layyinul qalbie
editor : everjihad


Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

::teman@sahabat::


Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Apa Yang Kau Panggil Cinta


Apa Yang Kau Panggil Cinta
www.iluvislam.com
mushroom16
editor:everjihad

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah seindah mimpi yang indah
Kerana ia cumalah bayangan ilusi
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan
Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia
Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara
Apa yang kau panggil cinta
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa
Apa yang kau panggil cinta
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan
Apa yang kau panggil cinta
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan
Apa yang kau panggil cinta
Cuma indah apabila kau membawa Tuhanmu menyertainya!

Wednesday, January 13, 2010

~bkan trbaik!~


salam…

“mungkin aku bukan yang terbaik
di antara yang baik…..”

Betul… ia juga mewakili diri saya sendiri.

makanya…. bersamalah kita berdoa moga..

Hanya yang BAIK dan TERBAIK sahaja menjadi milik kita .

Tq kerana sudi menjadi sahabat saya .

mm.. kerdinnya..:(



Current mood: blessed

Bismillahirrahmanirrahim.......

Assalamualaikum w.h.b.

Ya Allah ingatkan kami apa yang terlupa, ajarkan apa yang tak kami ketahui.


Allah berfirman: Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu, maka takutlah kamu kepada Nya. (Al-Baqarah : 235)

Perasaan cinta pada Allah dan Rasul Nya dan perasaan cinta pada sang kekasih hati adalah satu perasaan yang sangat berbeza. Diungkapkan dengan lautan rahmat Allah yang tak terhitung. Allah adalah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dia lah Raja segala cinta kerana Dia lah sebenarnya Pencipta cinta. Lihatlah, hanya dengan satu sifat cinta Nya yang dilontarkan ke bumi, berkasih sayanglah semua makhluk hatta binatang sekalipun. Bayangkan 99 lagi sifat cinta Nya yang masih bersama Nya. Allahu rabbi, kerdilnya kami.

Dalam surah Al-Alaq ayat ke-14, Allah berfirman mafhumnya:
Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah sesungguhnya melihat segala perbuatannya.

Monday, January 11, 2010

Kepastian


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Sunday, January 10, 2010

k.e.c.w.a


hri nie aku kecewa, smgt aku pgi stadium..firs moral high, last2 down sebab perut seblah knan wat hal..sdeh sangt..aku lpas geram mse larian 400x4..huh~
walopon rizat x bpe, hihi..sekurang2nye aku puas ht..jz enjoy da show!!.(",)..
erm..ok!!mau p program usrah..
gud luck untuk usop dan lan ptg nt!
all da best...=)
 

Copyright © 2010 Blog designed by muzaima untuk tarmiza ikhlas dari ati