/**/

Friday, January 29, 2010

::~JUMAAT::~



Fadzilat

· Pada hari Jumaat itu pahalanya lebih daripada hari-hari lainnya.

· Sepanjang 24 jam yakni dari petang Khamis sehinggalah ke petang hari Jumaat itu sangat dimakbul doanya dan dalam 24 jam itu terdapat satu masa yang sangat-sangat dimakbul oleh Allah yang tidak diketahui oleh manusia. (sebagai contoh Allah tidak nyatakan bila itu Lailatul Qadar pada bulan puasa) sesetengah pendapat ada mengatakan bahawa waktu paling dimakbul doa adalah antara 2 khutbah (seperti 10 hari terakhir pada bulan puasa, lailatul Qadar itu berada).

· Sesiapa yang mati pada hari Jumaat terlepas dari siksaan kubur.

· Nabi Adam dijadikan pada hari Jumaat dan hari Jumaat dimasukan kedalam syurga dan dikeluarkan jua pada hari Jumaat.

· Sesiapa yang ambil wudu` dengan sempurna dan datang kemasjid, dengar khatib membaca khutbah dan diam tanpa berkata-kata maka diampun dosanya 10 hari.

· Hendaklah khusu` mendengar khutbah dengan tidak bergerak banyak memandang kesana kesini kerana dengan berbuat demikian maka hilanglah pahanya kerana mendengar khutbah itu jua seperti membuat sembahyang sunat 2 rakaat.

· hendaklah menyegerakan sunat tahayatul masjid itu kerana fadzilatnya besar. Jika kita datang ke masjid dan terus duduk maka terputuslah fadzilat sunat tahayatul masjid itu.

· Hendaklah datang jua ke masjid hari Jumaat itu kerana fadzilat itu sangat besar.

· Jika mendengar orang bercakap jangan ditegur orang itu kerana ia juga akan menghilangkan pahala Jumaat kita.

· Jika tidak sembahyang Jumaat (jua waktu) akan dibutakan hatinya oleh Allah. Yang selalu meninggalkan sembahyang akan dimetrikan hatinya, jadilah mereka orang-orang yang lalai.

· Setelah terbit fajar mandilah sunat hari Jumaat.

· Setelah habis solat Jumaat itu sembahyanglah sunat selepas Jumaat pun begitulah biarlah kita bersama-sama berdoa dan berzikir memuji Allah, bersama imam dan janganlah setelah tamat kita terus bangun tanpa adapun pujian dan kesyukuran kepadaNya.

Jika kita melihat dan merenung akan semua ini adakah kita patut lebih melebihi dunia ini dari berbakti kepada Allah. Tidakkah pada petangnya ingin kita mengucapkan zikir kepadaNya setelah sekian 6 hari itu bekerja di atas muka bumi ini. Tidakkah berasa dihati kita untuk mengucapkan terima kasih kepadaNya.

Tags:

0 comments:

 

Copyright © 2010 Blog designed by muzaima untuk tarmiza ikhlas dari ati