/**/

Thursday, February 11, 2010

::~erm::~


ADAKAH ORANG YANG BERCINTA HILANG MARUAH?

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cube menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman:"Lelaki yang berzina lazimnya tidak ingin berkahwin dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu tidak pula ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzinz atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang keepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur:3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu satu penghinan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga? Itulah pasangan yang layak bagi dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI…

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

SI DIA NI LAIN DARI YANG LAIN. DIA YANG PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJAWAB

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila dia ingin mengambil perempuan sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anak, dia akan pilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia satu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

JADI PEREMPUAN YANG BERCINTA , JATUH MARUAHNYA PADA PANDANGAN LELAKI?

Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand, sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang boleh test drive. Ada pula yang kata; “sekadar sepinggan mee goring dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Tapi itulah hakikatnya.

MASIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK BERCINTA PADA MASA KINI?

Ya! Masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya hanya kecil. Mereka akan bertemu pada suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah;” Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatan (kehormatan dirinya daripada melakukan zina).. Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab:35)

HABIS! BAGAIMANA KAMI?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha- Nya. Kami ingin dapat keredhaan Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenihi 3 syarat.

i. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan percintaan yang tidak diredhai Allah ini.

ii. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak-tanduk yang menjurus diri dalam percintaan.

iii. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bergelar ister atau suami. Saatnya adalah selepas Ijab Kabul.

0 comments:

 

Copyright © 2010 Blog designed by muzaima untuk tarmiza ikhlas dari ati