/**/

Friday, February 26, 2010

::~istimewa wanita:::~


50 Keistimewaan seorang wanita
Message:


1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan
orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali
haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk
dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada
hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'
alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji
bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon
ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah
menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah
melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa,
bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat,
seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila
dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam
syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan
atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap
ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung
jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu
yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya"
"Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab
Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat
lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan),
memelihara kehormatannya serta taat kepada
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu
mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke
dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,
000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah s.w.t.mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa
pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat
pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada
satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susu badan) akan dapat satu
pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempo (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di
langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala
satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian
suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu
kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,
bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria
akan meminta keampunan baginya, dan Allah
mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik
daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan
seorang wanita yang melayani suaminya selama
seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu
neraka dan dibukakan baginyade lapan pintu syurga,
yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa
dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga
pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan
duduknya atau menyediakan makan minumnya atau
merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya,
memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya
atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana
mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya
akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap- tiap
langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya
sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari
Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga
tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan
rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke
mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada
seorang isteri yang siang dan malamnya
menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih
sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang
berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh
api,maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari
Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik
khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya,
dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai
makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu,
maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita.
Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik.
Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan
itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah
s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati
beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda
lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat
?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda, "Seeloknya
kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada
pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan
berkhidmatlah kepada suami nIscaya pahalanya sama
dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan
'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan
doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir
akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan
mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh
langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya
perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat
dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah
menentukan satu tempat khas untuknya di atas
takhta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci
pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik
sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan
sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya. "

50. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana
wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya,
memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan
memberi minum akan dia dari sungai sungai serta
diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan
didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada
taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya
kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia
melintas Titian Shirat."

Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita

0 comments:

 

Copyright © 2010 Blog designed by muzaima untuk tarmiza ikhlas dari ati