/**/

Thursday, April 8, 2010

~siapalah kita tanpaNYA~


aku hamba yang hina lagi keji,mencari keredhaan MU yaa Allah..
begitu penat hidup dalam kegelapan dan jauh dari MU yaa Allah.
siapa la hamba MU ini tanpa keredhaan MU Yaa Allah..
tunjukkan hamba Mu ini jln menuju keredhaan Mu yaa Allah..
jangan biarkan hamba MU ini berterusan begini yaa Allah..
hamba MU tidak ada daya upaya yaa Allah melainkan dengan pertolongan mu yaa Allah yang maha tinggi lg maha agong..

pg yang dingin sambil mendengar kalam Allah..
aku berdiri di tingkap melihat ciptaan ilahi..
begitu indah sekali ciptaan MU yaa Allah..
terasa sejuk di hati ini memandangnya..
adalah rugi jika hamba mu ini tidak memandangnya dan menghayatinya..

ternampak 2 ekor burung sedang mencari makanan..
begitu cantik dan comel nampak..
maka terdetik dihati yang kecil ini..
mema benar yaa Allah KAU mencipta sesuatu berpasangan..
KAU maha adil lagi maha kaya yaa Allah..

terasa diri ini untuk memiliki pasangan..
maka aku bertanya pada hati...
wahai hati apakah yang kau ingin kan?
tp sayang bukan jawapan yang aku terima...

ini jawapan nya...
dr mane kau dtg dan kemane kau akn pergi wahai diri yg hina..
sedar lah kau manusia yang hina
jika kau berterusan menyiksa aku..
berterusan membiarkan aku berjauhan dgn Allah..
maka kau terima lah balasan dari pcipta aku..

sedarlah manusia..
aku ditakdirkn untuk mu manusia..
untuk bersama mu mencari redha Allah di atas muka bumi ini..
tp bkn untuk kau menyiksa diriku ini manusia..
jgn kau hina diri ku ini..

aku penat manusia aku penat sgt..
gembira tawa mu bukan kerana Allah adalah kesedihan bg ku..
kenyang mu tanpa bersyukur adalah lapar bagi ku..
sihat mu tanpa ada rasa syukur pd Allah adalah sakit bagi ku..
sayang mu pd manusia kerana dunia menambahkan benciku pada mu..
benci mu pd manusia kerana dunia lg menambahkan benci ku pd mu..
hasad dengki mu sakit yang cukup mendalam bagiku..
riak mu mengegarkan diriku..

sedarlah lah manusia, tidak perlu ku hurai semuanya..
kau orang berilmu..
kau tahu baik dan buruk..
kau kenal kaca dan permata..
kau kenal racun dan madu..
jgn di ikutkan sgt nafsumu
kerana hasutan syaitan bersamanya..

aku rindu pada pencipta aku..
aku rindu sangat2 wahai manusia..
berikan lah sedikit masa untuk ku bersamaNYA..
aku merayu pada mu satu minit sudah ckup..
aku rindu tangisanmu kerana takut pada Allah takut seksaan Allah..
aku rindu manusia aku rindu sangat2..
kerana itu menyejukkan aku..
kerana itu ubat bagi sakitku..
kerana itu makanan ckup mengeyangkan bagiku..
jika xdpt bnyak satu titis air mata mu sudah cukup bagi ku..

pg yang sejuk bertambah sejuk..
seperti duduk dalam peti ais..
tidak dapat ku tahan linangan air mata..
tiada tempat lagi yang dpt ku tuju..
melainkan di sejadah ku sujud..
menghadap MU yaa Allah..
memohon keampunan sementara aku masih bernafas ini..
kerana aku tahu ajal manusia ckup dekat walaupun aku tidak tahu bila ajal ku..ampunkan aku yaa Allah yaa rabbi..

hamba MU ini adalah hamba mu yang hina
sebagaimana hamba MU ini kata
hamba MU ini adalah hamba yang hina..

0 comments:

 

Copyright © 2010 Blog designed by muzaima untuk tarmiza ikhlas dari ati