/**/

Saturday, April 24, 2010

::~wahai kaum adam n kaum hawa~::


Wahai lelaki,

apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila kamu ‘memancing’ wanita

Kamu menyentuh hati wanita

Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian

Wahai lelaki,

Pasti kamu salahkan wanita

Mengapa mengharap kepadamu

Tapi kamu perlu tahu

Wanita hatinya cukup lembut

Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai

Pasti kamu pertikaikan

Siapa suruh berharap?

Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu

Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?

Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan

Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?

Wahai lelaki

Kami akui wanita sangat mudah perasan

Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita

Kami redha dengan kelemahan itu

Tapi wahai lelaki

Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini

Bukanlah untuk mengambil kesempatan

Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami

Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu

Membimbing wanita yang lemah ini

Maka kamu perlu tahu

Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas

Wahai lelaki

Apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia

Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan

Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan

Tapi pernahkah kamu fikir

Kedudukan kamu disisi Allah?

Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain

Wahai lelaki

Jika kamu seorang yang taat,

Jika kamu sangat menjaga solat kamu

Mengapa lakukan ini pada wanita

Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran

Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?

Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan

Bahawa kamu mahu isteri yang solehah

Tapi dalam masa yang sama

Kamu tidak putus-putus memancing wanita

Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki

Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya

“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik

Adakah layak kamu peroleh wanita solehah

Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu

Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh

Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu

Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita


p/s:agak sensitif artikel nie..tp itulh hakikatnye..moga2 ditemukan y btol2 ikhlas n memhmi..bkn untuk dpermainkan..


Cinta dan hati saya hanyalah untuk orang yang benar2 ikhlas mencintai saya...bukan untuk dipersendakan...~Syurga Cinta~


1 comments:

TerUteruBoZu on April 25, 2010 at 2:03 AM said...

itu yg sebetulnye.............
hope yg terbaek tuk dri kita semua..

 

Copyright © 2010 Blog designed by muzaima untuk tarmiza ikhlas dari ati