/**/

Friday, July 10, 2009

::~di pagi JuMaat..::~


Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Itulah hari yang teragung di sisi Allah taala, dan ia adalah lebih besar daripada hari raya fitrah dan korban. Pada hari itu terjadi lima peristiwa: Allah ciptakan Adam a.s. Allah turunkan Nabi Adam a.s. ke bumi. Pada hari tesebut Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hambapun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.




aku sangt suke klo hri jumaat..
memg dri kecil sampai la besar, itulh hri pling bhgia..
penghulu sgla hri..
semua ibadat yg kita wat digandakan..
bnyk kelebihannya kan..

"sesungguhnya hri jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hri di sisi ALLAH.."

antara bnda yg kita ley wat hri jumaat nie...jom potong kuku..
pastu bnyakkan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w..
memakai wangi wangian..

"Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.."

"Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong kuku dan menggosok gigi." nie antara amalan yg kita ley buat pada hri jumaat...



sebenarnya bnyak sangt bnda yg kita wat digandakan ganjarannya..yg pasti niat kne ikhlas keranaNya...i luv jumaat day..>",<



Barang siapa berselawat ke atas nabi pada waktu pagi sepuluh kali, dan petang sepuluh kali, maka dia akan mendapat syafaat s.a.w. pada hari kiamat kelak.

Setiap doa yang dipohon hendaklah disertakan dengan selawat. Doa seorang hamba itu terawang-awang di antara langit dan bumi, tidak berganjak sedikitpun sehinggalah seseorang itu berselawat ke atas nabi.

Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang berselawat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Siapa berselawat ke atasku pada hari Jumaat lapan puluh kali, diampunkan baginya dosa-dosa selama lapan puluh tahun.

Amalan lain yang perlu dilakukan ialah membaca al-Quran. Sebaik-baik ibadah ialah orang yang membaca al-Quran dan mengajarnya...



jom kite same2 hyti hri jumaat..

kite hanya HambaNYA...


0 comments:

 

Copyright © 2010 Blog designed by muzaima untuk tarmiza ikhlas dari ati